ANAK ANDA PADA UMUR 3 TAHUN
Bagaimana anak anda bermain, mempelajari sesuatu dan berkelakuan menyumbang perkara penting terhadap perkembangan anak anda. Pencapaian perkembangan (Develomental Milestones) adalah perkara yang kanak-kanak boleh lakukan dalam umur tertentu. Semak pencapaian perkembangan anak anda apabila mencapai umur 3 tahun. APA YANG KANAK -KANAK LAKUKAN PADA UMUR INI: SOSIAL / EMOSI Meniru orang dewasa dan rakan-rakan. Menunjukkan kasih sayang kepada rakan-rakan tanpa dorongan. Mengambil giliran/bahagian dalam permainan. Menunjukkan keprihatinan terhadap kawan yang menangis. Memahami idea "milik saya" dan " dia" atau " milik dia" Menunjukkan pelbagai emosi. Dapat berpisah dengan mudah dengan ibu bapa. Akan kecewa dengan perubahan besar dalam rutin. Memakai dan membuka pakaian dengan sendiri. BAHASA/ KOMUNIKASI Mengikuti arahan 2 atau 3 langkah. Boleh menamakan banyak benda yang biasa dilihatnya. Memahami perkataan seperti " di dalam...