ANAK ANDA PADA UMUR 3 TAHUN

Bagaimana anak anda bermain, mempelajari sesuatu dan berkelakuan menyumbang perkara penting terhadap perkembangan anak anda. Pencapaian perkembangan (Develomental Milestones) adalah perkara yang kanak-kanak boleh lakukan dalam umur tertentu.

Semak pencapaian perkembangan anak anda apabila mencapai umur 3 tahun.

APA YANG  KANAK -KANAK LAKUKAN PADA UMUR INI: 

SOSIAL / EMOSI

  • Meniru orang dewasa dan rakan-rakan.
  • Menunjukkan kasih sayang kepada rakan-rakan tanpa dorongan.
  • Mengambil giliran/bahagian dalam permainan.
  • Menunjukkan keprihatinan terhadap kawan yang menangis.
  • Memahami idea "milik saya" dan " dia" atau " milik dia"
  • Menunjukkan pelbagai emosi.
  • Dapat berpisah dengan mudah dengan ibu bapa.
  • Akan kecewa dengan perubahan besar dalam rutin.
  • Memakai dan membuka pakaian dengan sendiri.

BAHASA/ KOMUNIKASI
  • Mengikuti arahan 2 atau 3 langkah.
  • Boleh menamakan banyak benda yang biasa dilihatnya.
  • Memahami perkataan seperti " di dalam" "di atas" dan "di bawah"
  • Menyatakan nama, umur dan jantina diri .
  • Memanggil nama kawan.
  • Mengatakan perkataan seperti " saya", "kami", dan "anda" dan sedikit kata nama seperti kereta, kucing,anjing.
  • Dapat bercakap dengan cukup baik dan mudah difahami oleh orang lain.
  • Berbual menggunakan 2 atau 3 ayat.

KOGNITIF ( BELAJAR, BERFIKIR, MENYELESAIKAN MASALAH)
  • Boleh bermain mainan  dengan butang, tuil, dan bahagian bergerak.
  • Bermain drama dengan patung, haiwan dan individu lain.
  • Menyelesaikan puzzle dengan 3 atau 4 keping.
  • Memahami apakah maksud " dua".
  • Meniru membuat bulatan dengan menggunakan pensel dan krayon.
  • Membelek buku.
  • Membuat binaan menggunakan lebih daripada 6 blok.
  • Membuka dan menutup penutup botol atau memulas tombol pintu.

PERGERAKAN / PERKEMBANGAN FIZIKAL
  • Memanjat dengan baik.
  • Berlari  dengan mudah.
  • Mengayuh basikal 3 roda.
  • menaiki tangga dan turun tangga.

SILA BERTINDAK AWAL DENGAN MERUJUK DOKTOR ANAK ANDA JIKA ANAK ANDA :
  • Jatuh berulangkali dari tangga dan mempunyai masalah menaiki atau turun dari tangga.
  • Air liur meleleh keluar dari mulut atau tidak jelas dalam bercakap.
  • Tidak dapat bermain permainan yang mudah seperti puzzle ringkas.
  • Tidak bercakap dalam ayat.
  • Tidak memahami arahan ringkas.
  • Tidak bermain mainan drama.
  • Tidak mahu bermain dengan kanak-kanak lain dan berkongsi mainan.
  • Tidak membuat hubungan mata ( perhatian)
  • Kehilangan kemahiran yang telah dipelajarinya.


Comments

Popular posts from this blog

Kreativiti Dan Kanak-Kanak

OBSERVING CHILDREN : A TOOL FOR ASSESMENT

Apa Itu Pengalaman Kreatif Kanak- Kanak Meluahkan Emosi ?