ANAK ANDA PADA UMUR 2 TAHUN
Bagaimana anak anda bermain, mempelajari sesuatu dan berkelakuan menyumbang perkara penting terhadap perkembangan anak anda. Pencapaian perkembangan (Develomental milestones) adalah perkara yang kanak-kanak boleh lakukan dalam umur tertentu.
Semak pencapaian perkembangan anak anda apabila mencapai umur 2 tahun.
Semak pencapaian perkembangan anak anda apabila mencapai umur 2 tahun.
APA YANG KANAK-KANAK BOLEH LAKUKAN PADA UMUR INI:
SOSIAL / EMOSI
BAHASA / KOMUNIKASI
SOSIAL / EMOSI
- Meniru orang lain terutamanya orang dewasa.
- Teruja apabila bersama kanak-kanak lain.
- Menunjukkan lebih banyak kegembiraan.
- Menunjukkan tingkah laku menentang contohnya tetap melakukan sesuatu perkara walaupun sudah dilarang.
- Bermain sendiri di samping kanak-kanak lain namun mula melibatkan kanak-kanak lain dalam permainan seperti permainan mengejar ( kejar-kejar)
BAHASA / KOMUNIKASI
- Menunjuk benda atau gambar apabila nama benda atau gambar itu disebut.
- Mengetahui nama orang-orang yang biasa dan rapat dengan mereka dan mengetahui nama-nama bahagian badan.
- Bercakap dalam 2-4 perkataan.
- Mematuhi arahan atau panduan ringkas
- Mengulangi kata-kata yang didengari dalam perbualan.
- Menunjuk benda yang ada pada buku.
KOGNITIF (BELAJAR, BERFIKIR, MENYELESAIKAN MASALAH)
- Mencari benda walaupun disembunyikan di bawah 2/3 lapis penutup.
- Mula menyusun mengikut bentuk dan warna.
- Melengkapkn ayat dan lagu pada buku kebiasaannya.
- Bermain permainan main drama yang mudah.
- Membina bangunan menggunakan 4 atau lebih blok.
- Menggunakan 1 tangan lebih daripada kedua duanya.
- Boleh mematuhi 2 arahan mudah seperti, "Angkat kasut itu dan simpan di dalam rak".
- Menamakan gambar di dalam buku seperti kucing, burung, anjing.
PERGERAKAN / PERKEMBANGAN FIZIKAL
- Berdiri di atas hujung kaki.
- Menendang bola.
- Berlari.
- Menaiki dan turun dari sofa tanpa bantuan.
- Menaiki tangga .
- Membaling bola menggunakan tangan.
- Membuat dan meniru garisan lurus dan bulatan.
SILA BERTINDAK AWAL DENGAN MERUJUK DOKTOR ANAK ANDA JIKA ANAK ANDA :
- Tidak menggunakan dua perkataan seperti " Minum susu".
- Tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan benda-benda dalam kehidupan seharian seperti berus gigi, telefon, sudu atau gelas.
- Tidak meniru ayat dan perkataan.
- Tidak mematuhi arahan mudah.
- Tidak berjalan dengan seimbang.
- Kehilangan kemahiran yang dia sudah pelajari.
Comments
Post a Comment