ANAK ANDA PADA UMUR 1 TAHUN

Bagaimana anak anda bermain, mempelajari sesuatu dan berkelakuan menyumbang perkara penting terhadap perkembangan anak anda. Pencapaian perkembangan (Develomental milestones) adalah perkara yang kanak-kanak boleh lakukan dalam umur tertentu.

Semak pencapaian perkembangan anak anda apabila mencapai umur 1 tahun.

APA YANG  BAYI LAKUKAN PADA UMUR INI: 

SOSIAL/EMOSI

  • Bayi malu atau gugup dengan orang yang tidak dikenali.
  • Menangis apabila ditinggalkan oleh ibu atau ayah.
  • Mempunyai perkara atau benda kegemaran dan individu tertentu.
  • Menunjukkan ketakutan dalam sesuatu dan beberapa situasi.
  • Memberikan anda buku apabila dia ingin  mendengar cerita.
  • Mengulangi suara atau perbuatan untuk menarik perhatian.
  • Meletakkan tangan atau kaki untuk memudahkan pemakaian pakaian.
  • Bermain permainan seperti sorok-sorok.

BAHASA/KOMUNIKASI
  • Memberi respon kepada permintaan menggunakan ayat yang ringkas.
  • Menunjukkan simbol yang ringkas seperti menggeleng kepala sebagai "tidak" dan melambaikan tangan sebagai "selamat tinggal/ bye-bye"
  • Membuat bunyi dengan perubahan nada.( Bunyi lebih seperti berkata-kata)
  • Menyebut "mama" dan "dada" dan boleh bercakap seperti " uh-oh"
  • Mengulangi perkataan yang anda sebut. 

KOGNITIF. (PEMBELAJARAN, PEMIKIRAN DAN MENYELESAIKAN MASALAH)
  • Meneroka benda atau perkara dengan cara yang  berbeza seperti menggoncang, membanting dan membaling. 
  • Mencari benda tersembunyi/ disembunyikan dengan mudah.
  • Melihat pada gambar yang betul atau benda yang betul apabila menamakan benda atau gambar.
  • Meniru gerakan.
  • Mula menggunakan benda dengan betul separti,minum air menggunakan gelas dan meyisir rambut menggunakan penyikat rambut.
  • Membuat bunyi dengan menghentakkan 2 benda bersama.
  • Meletakkan benda di dalam bekas, mengambil benda dari bekas.
  • Melakukan sesuatu tanpa bantuan
  • Mencucuk dengan indeks ( Jari penunjuk)
  • Mematuhi arahan mudahseperti " ambil mainan itu".

PERGERAKAN/ PERKEMBANGAN FIZIKAL
  • Boleh duduk dengan betul tanpa bantuan
  • Menarik benda untuk berdiri, berjalan sambil berpegang pada perabot ke perabot.
  • Boleh berjalan beberapa langkah tanpa berpegang pada apa-apa.
  • Boleh berdiri sendiri.
SILA BERTINDAK AWAL DENGAN MERUJUK DOKTOR ANAK ANDA JIKA ANAK ANDA :
  • Tidak merangkak.
  • Tidak dapat berdiri walaupun dibantu.
  •  Bayi Tidak mencari benda yang dia lihat anda sembunyikan.
  • Tidak menyebut apa-apa perkataan seperti " mama" atau "dada".
  • Tidak mempelajari gerakkan seperti melambai atau bersalam tangan.
  • Tidak menunjukkan perhatian pada sesuatu perkara.
  • Kehilangan kemahiran yang sudah dia pelajari.

Comments

Popular posts from this blog

Kreativiti Dan Kanak-Kanak

OBSERVING CHILDREN : A TOOL FOR ASSESMENT

Apa Itu Pengalaman Kreatif Kanak- Kanak Meluahkan Emosi ?