Kenapa seni itu penting????
Kenapa seni dan kreativiti itu penting???
➠ SENI DAN KREATIVITI ITU PENTING KERANA,
- Seni dapat meningkatkan kreativiti dan peluang anak anda untuk menjadi seorang Picasso.
- Ia juga dapat membantu kanak-kanak meningkatkan perkembangan kognitif, sosial, fizikal dan emosi kanak-kanak. Kata Ecklund Flores.
- Seni boleh meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Menurut Marry Ann F. khol, pengarang seni primer.
- Apabila kanak-kanak memanipulasikan bahan-bahan untuk membuat seni ia akan meningkatkan kemahiran motor halus mereka.
- melalui seni juga kanak-kanak mampu bereksperimen dan mencipta pemikiran baru dan membina idea baru yang melangkaui ruang kraf.
6 CARA IBUBAPA UNTUK MENGINSPIRASIKAN KREATIVITI ANAK
Foster art, focused art dengan nasihat daripada Leslie Bushara timbalan pengarah pendidikan di Muzium kanak-kanak
1. Sediakan ruang untuk kanak-kanak berseni/menconteng
= Sediakan ruang seni dimana anak anda boleh bebas untuk berkarya. Kata Bushara. meletakkan kain atau surat khabar diatas meja dapur anda ataupun garaj. jika cuaca yang baik benarkan anak anda berkarya diluar rumah.
2. Elakkan memberi arahan
= Jangan beritahu anak anda apa yang hendak dibuat atau bagaimana hendak membuatnya. Dan galakkan dia untuk bereksperimen dengan warna dengan menggunakan pelbagai berus dan kertas. Cadangan Bushara.
3. Bercakap secara khusus mengenai seni
= Apabila bercakap dengan anak anda tentang karya seninya, haruslah yang betul dan jujur apa yang anda katakana. sebagai contoh, bukannya memberi pujian. Yang disyorkan oleh Bushara. seharusnya anda komen apa yang kurang dan kelemahan anak anda. seperti "saya melihat anda menggunakan banyak warna ungu. Kenapa anda memilih warna itu?"
4. Terokai proses anak anda
= cara terbaik untuk menggalakkan perbualan tentang seni anak anda adalah dengan mengatakan "beritahu saya tentang apa yang anda buat?" Atau "adakah anda suka membuatnya?"
5. Menyokong
= Apabila ibubapa membuat sesuatu yang memarahi anak, ia boleh melemahkan kemahiran kanak-kanak tersebut. Amaran Bushara "Lebih baik berada dekat dengan anak anda dan menyokong bakat seninya."Kata Bushara.
6. Biarkan
= Apabila kanak-kanak selesai membuat sesuatu seni, jangan cadangkan penambahan atau perubahan. Nasihat Bushara, Adalah penting untuk kanak-kanak merasakan apa yang diciptanya itu adalah cukup walaupun hanya setitik pada kertas.
Comments
Post a Comment