Kreativiti Dan Kanak-Kanak
KREATIVITI DAN KANAK-KANAK
🌿PANDANGAN TOKOH TERHADAP KREATIVITI KANAK-KANAK🌿
🌷TOKOH VIKTOR LOWENFELD🌷
🌻KREATIVITI🌻
🌼 Menurut tokoh Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini disokong dengan sikap dan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya, mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru. Untuk meluahkan rasa hati, mereka akan mencipta sesuatu dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk. Cara yang unik ini mencerminkan kreativiti kanak-kanak.
🌻 PENGERTIAN KREATIVITI🌻
kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu "creare" yang bermaksud "membuat". Manakala daripada perkataan greek pula "creare" bermaksuk "memenuhi". Kamus dewan (2003) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai penghasilan sesuatu, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
Kesimpulannya, menurut tokoh Lowenfeld kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
🌷TOKOH ELLIS PAUL TORRANCE🌷
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Penyelidikannya dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan kreativiti beliau dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa kreativiti.
🌼Teori perkembangan kreativiti Paul Torrance🌼
Proses memupuk dan mengembangkan kreativiti kanak-kanak.
a) PENYOALAN
Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.
b) PENEMUAN
Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan kepada kanak-kanak bagi menggalakan penemuan-penemuan baru melalui penyelidikan dan kajian.
c) PEMERHATIAN
Proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-semata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan dan sebagainya.
d) PERCUBAAN
Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil karya yang terbaik.
e) PENEROKAAN
Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasikan pelbagai barangan dan alat yang terdapat disekeliling.
f) MEMANIPULASIKAN
Kanak-kanak mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat disekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar kanak-kanak supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.
g) AKTIVITI/BERMAIN
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Dimana mereka dapat menimba pengalaman yang baru. Oleh sebab itu, rangsangan perlu diwujudkan melalui berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakan aktiviti seperti membuat mural disekolah.
🌼 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER🌼
a) Peringkat ransangan
pemikiran krratif diransang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu meransang minda kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti.
b) Peringkat penerokaan
peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.
c) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.
Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 2 cara iaitu:
= perancangan secara verbal bermaksud perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
= perancangan secara visual Dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.
d) Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea, dan melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merancang segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui melalui perbincangan.
e) Kajian semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif aktiviti yang hendak dilakukan. Kanak-kanak digesa untuk brrtanyakan apa-apa soalan sebagai satu bentuk refleksi diri.
🌷TOKOH CALVIN W. TAYLOR🌷
a) KREATIVITI BERSIFAT EKSPRESIF
Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontan dan benas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil. Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan mudah.
b) KREATIVITI MELALUI PENGHASILAN
Guru membantu kanak-kanak untuk menambahbaik kemahiran sedia ada kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun.
c) KREATIVITI BERSIFAT INVENTIF
Kreatif bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksperimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya kanak-kanak tidak cepat bosan dan putus asa.
d) KREATIVITI BERSIFAT INOVATIF
Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. Kanak-kanak mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternative bagi setiap perancangan.
e) KREATIVITI BERSIFAT EMERGEN
Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul didalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagai contoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanak-kanak apabila melukis.
🌷TOKOH LAURA H. CHAPMAN🌷
a) KAEDAH PENJANAAN IDEA
Didalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Guru dimestikan untuk membimbing kanak-kanak dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.
b) PENGOLAHAN DAN PEMURNIAAN
proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan untuk memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.
c) KEMAHIRAN MENGGUNAKAN BAHAN
Guru perlu membimbing kanak-kanak melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

Laura H.Chapman
Cr: Psv3.blogspot.my/p/kreativiti-kanak-kanak. html? =1
Viktor Lowenfeld
Cr: Psv3.blogspot.my/p/kreativiti-kanak-kanak. html? =1
Ellis Paul Torrance
Cr: Psv3.blogspot.my/p/kreativiti-kanak-kanak. html? =1
Comments
Post a Comment