CREATIVE MOVEMENT
😁CREATIVE MOVEMENT😁
🌼*Matlamat pergerakan kreatif 🌼
- cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara "melakukan" (learning by doing Dalcroze 1950) kerana tubuh adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga (pendengaran) minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik.
🌼*Elemen pergerakan kreatif🌼
Terdapat 6 elemen pergerakan kreatif
- Elemen ruang
- Bentuk badan
- Elemen masa
- Elemen beban
- Elemen aliran
- Elemen irama
🌼*Garis panduan untuk perancanga, pelaksanaan dan penilaian aktiviti pergerakan🌼
#PERANCANGAN
- Membuat rancangan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat melakukan aktiviti pergerakan seperti menari sambil menyanyi.
#PELAKSANAAN
- Membuat satu aktiviti pergerakan seperti menari kepada kanak-kanak.
#PENILAIAN
- ibu bapa dan guru boleh menilai pergerakan kanak-kanak semasa menari dan melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan.
🌼*Objektif pergerakan kreatif🌼
- Memberi kesedaran dan kefahaman kepada kanak-kanak tentang tubuh badan sebagai perantaraan untuk bergerak.
- Memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk mencurah perasaan dan idea melalui perantaran tubuh badan.
- Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencipta, menjadi kreatif dalam meneroka pergerakan serta menghadapi cabaran.
- meningkatkan tahap kecergasan melalui pergerakan yang dilakukan.
Comments
Post a Comment