CREATIVE AND DRAMATIC PLAY

CREATIVE AND DRAMATIC PLAY

=> Bermain kreatif merupakan cerminan kemampuan fizikal,  intelektual,  emosi,  dan sosial.  Bermain merupakan cara yang baik untuk belajar kerana dengan bermain kanak-kanak dapat bergaul dan berkomunikasi dengan rakan-rakan.  Bermain merupakan kegiatan yang dilakukan secara sukarela dan tanpa paksaan ia bertujuan untuk menghasilkan keseronokan  dan fungsi utama bermain kreatif adalah mampu merangsang perkembangan menyeluruh kanak-kanak dan bermain juga adalah satu terapi.  Manalala main drama pula ialah,  mengekspresikan cerita melalui aksi dan dialog.  Kanak-kanak memainkan satu peranan dalam cerita melalu pergerakan badan dan komunikasi.

🌻DESCRIBE THE CHARACTERISTIC AND PURPOSE     OF PLAY 🌻
🌼Character🌼

🌼Tujuan bermain🌼
= Untuk membantu meningkatkan pertumbuhan atau perkembangan optimum kanak-kanak.  Melalui pendekatan bermain yang kreatif,  interaktif,  integrasi dengan lingkungan umur kanak-kanak.
= penekanan bermain adalah untuk perkembangan kreativiti kanak-kanak.  Melalui bermain juga kanak-kanak dapat bersosial dengan rakan sebaya mereka.
= Bermain juga bertujuan untuk meningkatkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak iaitu perkembangan jasmani,  emosi,  rohani,  intelek dan sosial mereka.

🌻 LIST TYPE OF PLAY 🌻

🌿 KATEGORI MAIN SOSIAL 🌿

🌼 Unoccupied play
* Kanak-kanak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain sambil memerhati tetapi tidak bermain dengan sesuatu atau dengan sesiapapun.  Dia hanya duduk ataupun berdiri tanpa melakukan sesuatu.

🌼 Solitary play
* Kanak-kanak bermain sendirian,  tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya.  Mereka bermain tanpa menghiraukan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang ada di sekitar mereka.

🌼 Onlooker play
* Kanak-kanak memerhati kanak-kanak yang lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan.

🌼 Parallel play
* Kanak-kanak bermain benda yang sama tetapi setiap orang bermain secara sendirian.  Apa yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak tidak bergantung dengan kanak-kanak yang lain.  Contoh,  bermain puzzle.

🌼 Associative play
* Kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan.  Contohnya,  main kejar-kejar.

🌼 Cooperative play
* Kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti.  Contohnya,  kanak-kanak berkerjasama membuat binaan daripada bongkah kayu.

🌿KATEGORI MAIN KOGNITIF🌿

🌷 Main fungsi
> Kanak-kanak bermain menggunakan motor halus untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan.  Contohnya,  bermain lego dimana kanak-kanak dapat membuat bermacam-macam binaan dan menggunakannya.

🌷 Main simbolik
> Permainan yang melibatkan kanak-kanak menukar suatu objek kepada suatu yang lain.  Contohnya,  sudu dijadikan telefon.

🌷 Main mengikut peraturan
> Dalam permainan ini kanak-kanak bermain berdasarkan peraturan yang digariskan ataupun peraturan dalam sesuatu permainan tersebut.

🌷 Constructive play
> Permainan ini merupakan perkembangan daripada permainan simbolik.  Dalam permainan ini kanak-kanak bermain dengan memanipulasikan bahan permainan kemudian menggunakan bahan tersebut untuk mencipta dan membina sesuatu.

🌻 OUTLINE THE SEQUENCE OF PLAY/ GARIS BESAR PANDUAN BERMAIN 🌻

🌿 Garis besar panduan bermain adalah melalui main sosial dan main kognitif.  Dalam main sosial terdapat enam urutan jenis permainan iaitu,  unoccupied play,  solitary play,  onlooker play,  parallel play,  associative play,  dan cooperative play.  Manakala main kognitif pula terdapat empat jenis permainan iaitu,  main fungsi,  main simbolik,  main mengikut peraturan dan constructive play.  Dalam setiap kategori dan jenis main ini terdapat peraturan-peraturannya.

🌻DESCRIBE THE STAGE AND EVALUATION OF PLAY BEHAVIOR / TAHAP DAN PENILAIAN TINGKAHLAKU BERMAIN

🌿 Penilaian kanak-kanak memerlukan strategi yang bersepadu dan input dari pelbagai sumber.
🌿 Beberapa kaedah biasa dalam penilaian tingkahlaku  kanak-kanak antaranya,  pemerhatian sistematik,  kaedah pemerhatian sistematik ini adalah untuk mengesan kelakuan sebenar kanak-kanak.  Dan mempunyai dua jenis pemerhatian.

1. PEMERHATIAN SEMULA JADI
* Pemerhati memerhatikan kelakuan kanak-kanak secara tidak ketara dalam situasi kanak-kanak bermain.  Setiap perlakuan kanak-kanak dicatat mengikut masa dan semasa aktiviti bermain berlangsung.

2. PEMERHATIAN BERSTRUKTUR
* Memerhatikan kelakuan kanak-kanak secara teratur mengikut prosuder tertentu dalam satu keadaan bermain yang telah disediakan dengan sengaja untuk membangkitkan tingkahlaku yang ingin diperhatikan.

🌼 APA YANG DIPERHATIKAN??
= Pemerhatian keatas tingkahlaku kanak-kanak.
= Pemerhatian interaksi murid.
= Hasil kerja murid.
= Aspek tingkahlaku ketika membuat aktiviti.
= Menyelesaikan masalah.
🌼 Pemerhatian penilaian tingkahlaku dibuat untuk menilai aspek-aspek seperti sikap,  amalan,  kemahiran memanipulatif,  kemahiran sosial,  kemahiran kinestetik dan kerjasama kanak-kanak.

🌻 EXPLAIN THE BASIC ELEMENTS OF DRAMATICS AND PUPPETRY / TERANGKAN UNSUR ASAS DRAMA DAN PERSEMBAHAN BONEKA🌻

🌷Unsur asas drama
- Istilah drama berasal daripada bahasa yunani "droomai" yang bermaksud berbuat.  Pengertian drama adalah pertunjukkan cerita atau lakon watak kehidupan manusia yang dioentaskan.  Drama ialah aksi mimetic (peniruan).  Contohnya,  kanak-kanak melakonkan watak seorang doktor dan kanak-kanak tersebut berpura-pura menjadi seorang doktor.

🌷Unsur asas persembahan boneka
- Boneka ialah objek yang boleh digerak lakonkan sama ada secara sentuhan ataupun arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej tertentu.  Rupa dan bentuk boneka tidak tertakluk kepada bentuk yang khusus.,  tetapi apa sahaja bentuk yang dapat digerak lakonkan dikenali sebagai boneka.  Contohnya,  boneka sarung tangan,  boneka lidi,  boneka wayang kulit dan boneka bertali. Penggunaan boneka dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya dapat membantu guru melaksanakan Proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.  Kerana ia dapat menarik minat kanak-kanak terhadap sesi pembelajaran.


Comments

Popular posts from this blog

Kreativiti Dan Kanak-Kanak

OBSERVING CHILDREN : A TOOL FOR ASSESMENT

Apa Itu Pengalaman Kreatif Kanak- Kanak Meluahkan Emosi ?