🌿PEMIKIRAN KREATIF DIKALANGAN KANK-KANAK🌿

🌼Ekspresi Kreatif Kanak-Kanak🌼

Falsafah Pendidikan Negara memberi penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif dengan tujuan untuk membangunkan negara. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (2013 – 2025), dinyatakan kepentingan Pemikiran Kreatif dalam membangunkan potensi individu secara holistik untuk menghasilkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting antaranya ialah Pemikiran Kreatif dan Inovatif iaitu kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu. Ia dilihat releven dengan aspirasi mata pelajaran pendidikan seni visual kerana ia dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan fikiran kreatif berkembang.

    Selain ia dapat mengembangkan kreativiti dan menggalakkan penjanaan idea murid, ia juga memberi kebebasan dan peluang untuk mereka melakukan percubaan dan eksplorasi untuk menghasilkan sesuatu karya yang bermutu. Pekara ini dizahirkan menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta pengaplikasikannya dalam pedagogi dan kurikulum mata pelajaran dengan memberi penekanan terhadap kurikulum pemikiran dan kreativiti bermula seawal pendidikan rendah lagi .

    (Abd Rahim,1999) Kanak-kanak dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan yang berbeza . Kreativiti mereka juga berbeza maka sangat penting penerapan pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak –kanak sebelum didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Aktiviti kreativiti dapat menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan tanpa bahasa. Ia mampu membantu memberi rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Tahap kreativiti dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya.

   Kreativiti sebagai suatu disiplin ilmu yang spesifik masih agak baru. Pada masa ini kreativiti sebagai suatu disiplin ilmu masih belum mantap dan masih berdiri
dalam disiplin psikologi. Sehingga kini telah banyak institusi pengajian tinggi di Amerika
Syarikat (University of Buffalo), Australia (University of Queensland), Eropah dan Britain
(university of Essex) yang menawarkan pengajian sepenuh dan separuh masa hingga ke tahap
doktor falsafah.

    Sebenarnya disiplin kreativiti telah berkembang lebih satu abad. Oleh yang
demikian telah banyak perkembangan yang berlaku khususnya terhadap konsep dan teori

  • kreativiti. Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.


  Strategi pengajaran secara kreatif dan kritis ialah suatu konsep pembelajaran yang bersifat multi dimensi dan inter disiplin. Kreativiti adalah domain yang boleh dikaji dan difahami berdasarkan beberapa pandangan sarjana dan „school of thought‟ yang berbeza-beza seperti bisnes, pengurusan, ekonomi, seni, falsafah, perubatan, psikoanalisis dan kepimpinan.


   🌷PENGERTIAN KREAVITI🌷

   Definisi kreativiti Menurut Kamus Dewan Edisi ke -4 , kreativiti bermaksud kemampuan mencipta.Pengertian tentang kreaviti yang dikemukakan oleh pakar: 1. June King Mc Fee Kreativiti bermaksud mencipta perlambangan dan idea yang baru, bagi mengemaskinikan perlambangan yang sedia ada. Menyusun dan mengolah semua organisasi yang sedia ada dan mantap, kepada suatu organisasi yang baru. Berdaya menyatukan idea baru atau idea yang diambil dari sesuatu, kepada sistem oganisasi atau situasi yang lepas iaitu memberi makna baru.

    E. Paul Torrance Pelajar yang kreatif belajar melalui penyoalan, pemerhatian, penemuan, percubaan, penerokaan, memanupulasi sesuatu semasa bermain tetapi sentiasa mencuba mencari kebenaran .kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.

   Donald W. Mac Kinnon.(1962) Individu kreatif boleh menyatakan tentang dirinya serta mempunyai aras intelektual yang tinggi, pengalaman dan kepakaran estetika. Mereka berdiri dalam aspek berfikir dan bertindak. Ada pertalian positif antara kreativiti dengan kebebasan, kelenturan intelektul, kepekaan, keindahan dan keaslian.

   Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa kitakepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa. Ia dapat dibentuk, dilatih menerusirangsangan tertentu.

   Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan  dipupuk di kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza  seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.

Comments

Popular posts from this blog

Kreativiti Dan Kanak-Kanak

OBSERVING CHILDREN : A TOOL FOR ASSESMENT

Apa Itu Pengalaman Kreatif Kanak- Kanak Meluahkan Emosi ?